Sunday, April 24, 2011

penyakit jiwa






adooiii.. ramainya kena penyakit jiwa nie.. aku pon xterkecuali. lagi2 nak final nie.. ayoo!!
short list reason nape aku sakit jiwa:

1. xup to date. NEED SOME NEW SHIRT N PANTS

2. rambut mentol + tobek (shit pnye cina)

3. GEMOK! aku da gemok. perut boroi. xhensem. =)

4. duit tarak (life degree shit). is all about MONEY! bayar.bayar.bayar.bayar. XDE BNDA LAIN!

5. perangai orang (lama da)

6. FINAL menjelang tiba

7. HP aku rosak! (8 bulan pakai). but then its ok. IPHONE 4. tggu sat ye sayang

8. rindu!

9. BUAT HAL

10. bosan

11. da DEWASA! (pikir KERJA)

12. lappy da mcm bangang

sekian. akim seth!
peace yo

Sunday, March 27, 2011

ERTI KEHIDUPAN

benarlah kata orang dahulu kala, jauh pengalaman luas pandangan. tadi, baru sahaja aku pulang dr program OPKIM PERDANA bagi sessi 2011 di uitm. sepanjang 3 hari 2 malam ini, setiap perserta diberi kumpulan dan keluarga angkat masing2. jadi terbentuklah sebuah keluarga yang pada asalnya, saling tidak mengenali antara satu sama lain.. namun, yg istimewanya. hubungan ini serta merta terjalin. TERIMA KASIH ORANG KAMPUNG. yang baik datangnya dari TUHAN namun yg buruk datangnya dari diri kita sendiri. namun disini, banyak lagi ruang2 yang perlu kita tingkatkan dan perbaiki bagi memastikan yang bangsa kita sendiri maju ke hadapan. sepanjang 3 hari disini, perkara yang amat menarik mata ini adalah kisah pakcik zainal, si nelayan yang sangat gigih mencari rezeki dan cuba mempopularkan hidupan LOKAN. segala kegigihan dan usaha beliau sangatlah saya kagumi. benar, usaha adalah tangga kejayaan. DISINI, saya berdoa memohon dari yang ESA agar ditabahkan hati PAKCIK ZAINAL dalam usaha beliau menjadikan LOKAN femes dimata dunia. INSYALLAH...

Thursday, March 3, 2011

MINIATURE







SO, this is an example of miniature n now available!! rm35+++ 7ml and below..
for any inquiry o details pm me : akim seth - 013-6924296
original authentic perfume

Tuesday, February 22, 2011

kelmarin


kelmarin sudah pon berlalu, sebab itu kita panggilnya kelmarin.. hari ini sedang berlaku.. esok, blom tentu adalah suatu perkara yang akan terjadi.. itulah lumrah kehidupan.. makin lama aku cuba untuk memuatkan diri aku dalam kehidupan ini, makin lama aku menipu diri aku.. yang aku mmg xboleh blah da duduk kat melaka nie.. perasaan aku makin lama makin membenci kat sini. makin lama aku makin bosan duduk kat sini, makin lama aku naik meluat.. sampai satu tahap, aku rasa yang aku kalah dalam perjuangan ini.. makin lama aku semakin kosong dalam menjalani kehidupan kat sini.. makin lama aku sudah pon berada dalam kehidupan aku. haiysh... aku xpernah dowh rasa macam nie, tetiba aku rasa kosong. aku rasa yang aku bukan sebahagian dalam satu kehidupan.. sesudah 3 tahun disini, selepas melakukan banyak perkara. aku mahukan pembaharuan!!! suatu pembaharuan yang mana bukan aku menjadi sebahagian di tempat yg aku xinginkan.. kalau bercakap pasal, pembelajaran.. yes, kat sini adalah suatu tempat yang elok untuk kita menjadi yang terbaik.. tapi dimana2 pon, asalkan ada kemahuan. pasti ada jalan.. benih yang baik, kalau dicampak ke mana2 pon pasti akan menjadi pulau. bagaimana pulak kalau benih yang sememangnya xelok? pasti xakan menjadi apa2 sekalipon. kalau kita rasa kita bukan benih yang baik, cbe cari air yang elok untuk sentiasa menyiram kita supaya lambat laun kita akan menjadi benih yang suatu hari nnti akan menjadi berguna.. aku da malas nak amek port tentang kehidupan mana2 pihak lagi.. bagi aku, semua benda da xbererti disini.. tapi suatu benda je yg aku berjanji pada diri aku.. bila aku melangkah dari sini. aku akan pastikan yang aku akan melangkah dengan megahnya.. bukan bendera putih yang akan aku kibarkan. tapi bendera kejayaan yang akan aku kibarkan.. kepada musuh2, kwan2, segala hasad dengki.. aku xakan pernah amek taw lagi pasal kehidupan korang.. sebab aku da xde perasaan langsung ngan korang.. xsalah klu aku melantang suara sebab ini adalah perihal tntg kehidupan aku.. dan korang semua adalah sebahagian dalam hidup aku dan aku telah pon menjadi seorang kawan yang baik semenjak 3 tahun lalu.. kalau ada salah silap aku susun sepuluh jari aku mintak maaf kat korang semua.. kalau agak2 aku bukan seperti mustakim yang korang pernah kenal, aku mintak maaf.. aku bukan manusia yang sempurna.. tiada kesempurnaan yang hakiki.. terlalu banyak perkara yang mengguris dan terguris disini.. aku perlukan angin baru yang boleh menghidupkan kembali liang2 pernafasan aku agar jantung aku terus berdenyut dengan angin baru ini.. aku xmahu udara yang pada kasarnya bersih tapi dalam hati penuh dengan debu2 yang akan menyesakkan aku untuk jangka masa yang panjang. yes, aku sensitif. yes aku jenis yang sayang akan kawan2 aku.. tapi sampai bila aku nak jadi seorang yang setia pada kawan sedangkan kwan yang kita kenal sendiri menjadi duri dalam daging.. deep in my heart. yes, aku sayang korang sangat2.. tapi aku ucapkan sejuta2 terima kasih sebab korang menjadi kawan yang sangat baek bagi aku. yang buruknya aku.. yang slacknya aku.. korang jangan rasa ape2.. sebab korang xsalah ape2. xperlu la kan klu kita nak memaki2.. menggunakan teknolgi sebagai medium untuk melepaskan kebusukan hati.. sebab ianya melambangkan betapa sakitnya hati korang, betapa perlunya korang untuk amek penawar dalam menangani penyakit hati.. tiada penawar untuk penyakit ini kecuali zikir didalam hati.. sekian~ last post untuk perihal kawan2..

salam, love n peace
akim seth

Thursday, February 17, 2011

hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

pergh... lagu nie wa nak dedicate kat seseorang, seseorang yang pernah mengajar aku tok menjadi manusia yang setiasa bersyukur, yang selalu mengingati aku tok menjadi seorang pengingat... lagu ni bukan aku nak dedicate tok pasangan idup, atau kawan atau ape.. tp biarlah rahsia.... sebab hanyuuttt...

bertahan

idup mesti diteruskan walau bagaimana pon kehidupan, nak xnak, susah senang, sedih gembira, idup mesti diteruskan.. sbb tu aku guna LOVE, PRAY n SUCK UP.. bila bercakap pasal love.. xsemstinya kita kena sayang kekasih kepada life partner o bf o gf.. tp orang sekeliling kita, MAK, AYAH. KELUARGA. itu yg penting. andai kita clash sekalipon anggap la itu sekadar halangan utk kita berjaya.. mcm aku, aku kena sentiasa kuat. kena sentiasa bertahan sebab idup aku penuh dengan dugaan. aku akan cuba untuk sentiasa BERTAHAN.. SETAHUN ini, SUMPAH aku akan bertahan.. aku akan diam sahaja~
jom kita raikan hari kekuatan ok.. iaitu hr inie bersamaan dengan 18/2..
18/2 HARI BERTAHAN SEDUNIA.

love n peace,
akim seth

Tuesday, February 15, 2011

kena kejar..

ok.. so tadi aku kuar umah, dgn niat nak beli rokok kawan aku n air.. so dengan segera la aku amek helmet aku walaupun dengan hati yang amat berat (malas nak kuar). so aku pon start la engine motor n bergerak la ke arah 7eleven yang sememangya bukak 24 jam.. setibanya disana, aku pon memesan ape yang kwn aku pesan tadi.. 2 kotak rokok n setin air.. dengan penuh redhanya aku pon bergerak la pulang. nak wat ceritanya, setibanya di selekoh jalan nak masuk taman umah sewa aku nie, tetibe 2 ekor anjing sedang bersiar2.. mula2 aku ingat xde la ape2.. smpai je aku kat dorang, (dorang? eh.. silap guna ekor. haiwan plak. hehe) ape lagi, ntah ape yg merasuk anjing uh, tetiba dia kejar aku.. mak aiiiihhh.. dgn cuaknya aku pon ape lagi press laju la.. tpi alkisahnya, almaklumlah aku pakai motor nouvo lak. scooter.. so lambat pick up! padahal anjing uh da dekat ngan kaki aku.. hnya Tuhan je la yang taw ape perasaan aku time uh.. adoyaii.. aku pon terjerit la (sebenarnya aku xnak menjerit tp nak wat camne xdpt nak control lagi) hehehe.. aku jerit ape korang nak taw?? ooiiiii... oooiiii.. oooiii smbil kaki aku mengibas2 ke arah mereka.. hahaha.. smpai je kat umah, aku rasa mcm nak pecah jantung n kwn aku sorang nie kata mata aku nmpak buntang xsperti selalu.. nampak sepet!! hahaha..
nyway, best gak kadang kala kena kejar ngan anjing nie.. boleh wat aku xtido malam.. hahaha....